Penyeragaman Tindakan Ganti Rugi bagi Pensyarah IPTA yang ditaja melanjutkan pengajian

Intipati Keputusan KPT 6 Januari 2009:

Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara dan Naib-naib Canselor/Rektor telah bersetuju bagi menyeragamkan tindakan ganti rugi bagi pensyarah2 IPTA yang ditaja untuk melanjutkan pengajian. Maka perkara2 berikut telah dipersetujui:

1) Unsur penalti perlu diadakan bagi memastikan komitmen calon sentiasa berada pada tahap komitmen yg tinggi

2) Bagi tujuan penyeragaman, perlulah dibezakan antara calon yg GAGAL setelah terbukti berusaha sedaya upaya mereka dan calon yg dikategorikan sebagai CUAI, sama ada yg tidak menunjukkan kesungguhan @ mempunyai masalah displin sehingga membawa kepada kegagalan mereka

3) Bentuk tindakan pula dibezakan antara pensyarah berjawatan tetap dan tutor/felo yg belum dilantik ke jawatan tetap (like the UiTM TPM @ Fellowship scheme in USM)

Bagi kategori GAGAL tindakan berikut akan diambil terhadap calon:

Pensyarah Tetap
(i) Diarahkan kembali melapor diri bertugas dan diberi peluang menyambung pengajian di universiti tempatan secara separuh masa sehingga berjaya mendapatkan PhD dalam masa 2 tahun tanpa sebarang penajaan
(ii) Tempoh kontrak perkhidmatan bermula dr tempoh melaporkan diri
(iii) Tiada tuntutan ganti rugi dikenakan dlm tempoh 2 tahun semasa calon menyambung Phdnya secara separuh masa
(iv) Jika masih gagal selepas tempoh tersebut, maka tindakan ganti rugi boleh dikenakan berdasarkan kepada perjanjian, tetapi tidak termasuk gaji yg dibayar semasa tempoh penajaan. Walau bagaimanapun, pihak yang meguatkuasakan perjanjian perlu memberi pertimbangan bahawa tindakan tuntutan tersebut adalah lebih berbentuk pengajaran dan bukan hukuman.

Tutor/Felo/Pensyarah Sementara
(i) Diberi peluang menyambung pengajian di universiti tempatan secara separuh masa sehingga berjaya mendapatkan PhD dalam masa 2 tahun tanpa sebarang penajaan
(ii) Tarikh kuatkusa tempoh kontrak perkhidmatan digantung sehingga beliau berjaya dilantik ke jawatan tetap sama ada sebagai pensyarah atau apa2 jawatan di IPTA berkenaan
(iii) Tiada tuntutan ganti rugi dikenakan dlm tempoh 2 tahun semasa calon menyambung Phdnya secara separuh masa
(iv) Tuntutan ganti rugi akan dikenakan berdasarkan perjanjian tetapi tidak termasuk elaun/gaji yg dibayar semasa tempoh penajaan.

Bagi kategori CUAI tindakan berikut akan diambil terhadap calon:

Pensyarah Tetap
(i) Dikenakan tindakan ganti rugi mengikut perjanjian
(ii) Jika didapati calon yg ‘cuai’ ini boleh dikenakan tindakan tatatertib, maka proses tindakan tatatertib berdasarkan akta & peraturan yg berkuatkuasa perlu diambil
(iii) Jika seorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman, tindakan tuntutan ganti rugi spt di atas hendaklah terus dilaksanakan

Tutor/Felo/Pensyarah Sementara
(i) Ditamatkan perkhidmatan dan dikenakan tindakan ganti rugi termasuk gaji/elaun yg diterima semasa pengajian

Comments:
It’s ‘good’ when policymakers are trying to make objective rules. But just like doing your Phd, the implementation of this rule is always going to be bogged down with subjectivity…At least at the end of the day you know where you stand.

Advertisements
This entry was posted in My Career, PhD. Bookmark the permalink.

3 Responses to Penyeragaman Tindakan Ganti Rugi bagi Pensyarah IPTA yang ditaja melanjutkan pengajian

  1. hawani says:

    hahaha… menakutkan pun ada… akak ada baca ak artikel surat khabar yang kerajaan keluarkan utk pensyarah CB yang minta lanjutan, kene kasi surat tunjuk sebab.. dia highlight UM pensyarah dalam news tuh…fuuu… memang payah nak extend dah ni.. usaha! usaha!

  2. hawani says:

    UUM ke UM tah…huhuhu

  3. Rasanya UM, ada org ng dlm yahoogroups

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s