Membonceng-gratiskah anda?

Sementelah aku dah terbaca artikel ini oleh Prof. Dr Muhammad Syukri Salleh, Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), dari Universiti Sains Malaysia, eloklah rasanya dikongsi bersama isinya dan yang penting sekali persoalan utama yang timbul selepas pembacaan artikel ini – Adakah Boncengan Gratis Akademia amalan anda? Adakah anda berasakan amalan ini ‘tiada apa-apa, biasa-biasa sahaja’ ataupun sesungguhnya anda merasakan amalan ini adalah ‘tidak beretika’? Ataupun anda berasakan Prof Syukri terlampau ‘skema’? (Satu bentuk defence mechanism – point towards others) Kalaupun anda semua tidak bertanyakan soalan-soalan ini, sekurang-kurangnya soalan-soalan ini adalah untuk diri aku sendiri. Adakah aku pengamal boncengan gratis?

Terma ‘boncengan gratis’ menurut penerangan Prof Syukri adalah satu amalan ‘menumpang dengan percuma’ dan di dalam istilah akademianya bermaksud ‘menumpangkan nama dalam sesuatu hasil kerja akademik, terutamanya dalam penyelidikan dan penerbitan tanpa ‘membayarnya’ dengan apa-apa sumbangan yang sewajarnya’.

Prof Syukri selanjutnya memberikan beberapa contoh amalan yang dimaksudkannya sebagai ‘boncengan gratis’ ini antaranya, meletakkan ‘nama dalam satu hasil dokumentasi penyelidikan, atau dalam satu penulisan, atau dalam satu penerbitan, walau pun orang tersebut sebenarnya tidak menyumbang apa-apa’. Beliau juga tidak bersetuju routine performance, contohnya ‘dengan hanya sedikit sebanyak mengumpul data, atau hanya dengan memberi idea, atau hanya dengan menyunting, atau hanya dengan menguruskan pentadbiran, atau hanya dengan menguruskan hal-ehwal yang tidak melibatkan penulisan’ boleh dianggap sebagai sumbangan sebenarnya. Semua ‘performance’ di atas hanyalah suatu ‘sumbangan pasif’ yang sememangnya telah menjadi tugas asas mereka, tetapi sebenarnya tidaklah menyumbang dalam bentuk penulisan dokumentasi atau penerbitan tersebut.

Menurut Prof Syukri lagi, 7 syarat diletakkan oleh Konvension kepengarangan bagi melayakkan seseorang itu meletakkan namanya dalam hasil dokumentasi atau penerbitan akademik tersebut.

1) Mereka SEMUA perlu terlibat secara aktif dalam menjana keaslian idea penulisan tersebut.

2) Mereka SEMUA perlu terlibat secara aktif dalam membina reka bentuk dan penulisannya.

3) Mereka SEMUA perlu bertanggungjawab dalam pengamatan dan pengumpulan data.

4) Mereka SEMUA perlu memainkan peranan kepimpinan mengikut kapasiti masing-masing dalam pelaksanaan kajian yang dijadikan asas penulisan tersebut.

5) Mereka SEMUA perlu terlibat sepenuhnya dalam proses menulis dengan bukan sahaja menulis draf manuskrip tetapi juga mengulang kaji dan menyemak manuskrip tersebut.

6) Mereka SEMUA perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas manuskrip akhir.

7) Mereka SEMUA perlu mampu mempertahankan penerbitan tersebut mengikut disiplin profesional masing-masing.

Prof Syukri kemudian berkongsi amalan-amalan yang dikatakan sebagai ‘boncengan gratis’ berdasarkan pengalamannya. Antaranya, pelajar PhD yang mengadu kepadanya  bahawa penyelia bersamanya tiba-tiba meminta beliau memasukkan nama penyelia bersama tersebut dalam kertas kerja yang akan dibentangkannya di satu persidangan, dan seorang teman mengadu kepadanya  bahawa kawan teman tersebut yang sama-sama membuat penyelidikan dan kemudian sama-sama menulis sebuah artikel akademik, tiba-tiba meletakkan nama suaminya sebagai salah seorang daripada penulis artikel tersebut. Bila ditanya kenapa, kawan itu berterus terang mengatakan untuk menolong suaminya agar sama-sama mengumpul kelayakan untuk kenaikan pangkat. Manakala ada juga para pensyarah sebuah universiti yang agak baru, dalam satu wacana penulisan yang dihadiri beliau yang menyifatkan beliau sebagai mempunyai pendirian yang berbeza kerana tidak bersetuju dengan boncengan gratis, sedangkan ramai ahli akademik yang datang ke universiti tersebut menasihatkan mereka menggunakan bahan dan penulisan pelajar sebaik mungkin untuk meletakkan nama mereka bersama.

Contoh-contoh boncengan gratis yang diberikan oleh Prof Syukri membayangkan betapa sudah mula tidak beretikanya sesetengah orang akademik di Malaysia sekarang. Persoalan beliau – Bolehkah mereka-mereka ini mentransformasikan negara? 

Dan sepertimana yang aku persoalkan di atas, golongan manakah anda? Golongan mana pula aku? hmmm…

Advertisements
This entry was posted in Log, My Career, My Expression. Bookmark the permalink.

One Response to Membonceng-gratiskah anda?

  1. Samadon Khairudeen says:

    Berlaku di Malaysia ini, benar. Dan berlaku juga di luar negara, cuma ramai rasakan ia amat berkurangan di negara2 luar (terlebih2 lagi di USA, Jepun dan universiti Eropah). Saya sendiri berpengalaman di mana hasil penulisan pelajar dan saya sendiri (sebagai co-supervisor di dalam PhD supervisory committee) tidak diberikan hak yg sewajarnya apabila main supervisor, yg tidak menyumbang apa-apa, merasakan bahawa dia masih layak menjadi corresponding author. Utk mengelakkan conflict, saya dan pelajar tersebut bersetuju dan menelan sahaja kepahitan.

    Ramai akademik merasakan, apabila mereka berada di dalam supervisory committee, bahawa adalah ‘waaajib’ nama mereka dimasukkan sebagai penulis. Dan ada di antara mereka percaya (dan ini adalah kejahilan pada pihak mereka) bahawa perkara inilah adalah lumrah, dan “this is how it’s supposed to be”. Kadang kala (atau di sesetengah tempat, selalunya), pihak2 yang suka membonceng ini adalah dari kalangan Professor dan Professor Madya…. sesuatu yang menyedihkan.

    Saya berdoa semoga senantiasa berada di jalan yang benar, dan tidak membonceng gratis (kadang2 rasa macam hendak sahaja, sebab pressure kenaikan pangkat… namun selalunya berjaya mengekang Alhamdulillah). Terima kasih diucapkan kepada penulis blog kerana memperingatkan semua (termasuk saya sendiri) tentang pemboncengan gratis ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s