Bengkel Dasar Keluarga Negara 2012 – Updated

Ucapan Aluan drpd Dr Badruddin Hj Ibrahim (Ketua Jabatan Undang-undang Islam UIAM)

Alhamdulillah, hari ini seharian di ISTAC menghadiri (program atas jemputan) Bengkel Dasar Keluarga Negara anjuran LPPKN dan UIAM. Temanya adalah lebih kepada cabaran perlaksanaan dasar tersebut dari perspektif undang-undang. Ramai badan-badan NGO dan pakar undang-undang yang hadir dan sangat bersemangat meluahkan perkara-perkara dan isu-isu menarik ketika perbincangan bengkel. Namun daripada pemerhatian dan makluman tiadanya wakil Hakim dari Mahkamah Sivil mahupun ahli-ahli politik yang didapati hadir.

Pembentangan Kertas Kerja Utama - Dasar Keluarga Negara: Cabaran dari Perspektif Undang-undang oleh Prof. Dr Najibah Mohd Zin (UIAM)

Salah seorang Panel: Dr Hj Mohd Naim Hj Mokhtar sedang membentangkan Cabaran dan Strategi dalam melaksanakan DKN dari perspektif undang-undang Syariah

Pada pandangan aku, banyak sekali resolusi bengkel yang perlu kepada kerjasama daripada kedua-dua pihak di atas. Apa guna dasar yang cantik di atas kertas, namun apabila tiba pada ketika perlaksanaannya, semuanya tidak menjadi seperti yang dicadangkan/diharapkan. Malah banyak sekali isu yang timbul ketika perbincangan bengkel bukanlah berkisar kepada negara kita yang kekurangan undang-undang tertentu di dalam isu kekeluargaan, tetapi lebih kepada bagaimanakan sesuatu undang-undang itu dilaksanakan bagi memenuhi hasrat sesuatu dasar yang digubal. Acapkali, aliran dasar  penggubal polisi tidak sampai ke akar umbi, dan kerap kali juga masalah dan harapan mereka-mereka yang di akar umbi tidak kesampaian dalam konteks yang sebenar  kepada penggubal polisi. Hasilnya – kelihatan seperti tiada sebarang perubahan yang berlaku.

Contoh paling jelas – dasar mengadakan Pusat Penjagaan Anak-anak di tempat kerja. Sehingga hari ini boleh dikira dengan jari jumlah pusat2 ini yang telah diwujudkan. Apabila diajukan persoalan ini wakil LPPKN akan mengatakan feedback yang diterima drpd pihak majikan adalah tidak menggalakkan kerana kurangnya kesesuaian tempat dsbnya. Namun hal ini tidak pernah dimaklumkan (atau tidak diperbesarkan) kepada rakyat amnya secara berkala. Paling tidak, sekiranya rakyat am tahu, boleh diusahakan cara perlaksanaan yang lebih baik, pemberian tekanan berpatutan dalam bentuk undang-undang dan juga insentif-insentif lain kepada majikan. Sudah tiba masanya kita memohon pandangan-pandangan rakyat negara kita ini secara rasmi, bukan sahaja ketika pilihanraya, malah dalam setiap perlaksanaan sesuatu dasar baru negara. Setiap pandangan pula perlulah kita teliti dan sekiranya bersesuaian dan praktikal untuk dilaksanakan, eloklah kita ambil dan adaptasikan. We can no longer sweep all our problems under the carpet. Those days are long gone!!

Seperkara lagi yang seringkali menjadi isu adalah pemberian peruntukan yang sangat minima bagi perlaksanaan program bagi melaksanakan DKN ini. Urusan keluarga dipandang sebagai perkara peribadi yang harus diuruskan oleh keluarga itu sendiri. Secara seriusnya ini adalah pandangan yang kurang tepat. Banyak sekali urusan keluarga yang membolehkan pembangunan sebuah keluarga bahagia sebenarnya memerlukan sokongan daripada semua di sekeliling keluarga tersebut, termasuk sudah tentu penggubal polisi.   Perlunya kepada peruntukan pendidikan bukan sahaja kepada anak-anak, malahan ibubapa itu sendiri, kemudahan-kemudahan kekeluargaan yang lebih meluas dan bantuan-bantuan yang lebih ‘tailored’ bagi keluarga-keluarga yang punya masalah berkaitan keluarga mereka.

Bengkel Perbincangan Isu Perlaksanaan DKN bagi Undang-undang Civil adalah hangat, tapi dikhabarkan Bengkel Syariah juga lebih hangat 😉

Aku turut mencadangkan agar suatu mekanisma dikaji agar penggubalan undang-undang akan datang adalah bersesuaian dengan kepantasan pembangunan masa kini terutamanya dari segi teknologi. Ini memandangkan tempoh kelulusan sesuatu undang-undang di Malaysia yang mengambil masa yang agak panjang  terutamanya apabila melibatkan hal-hal kekeluargaan. Seeloknya hanya undang-undang dasar utama dibincangkan di Parlimen dan kuasa lebih luas diberikan kepada kementerian berkenaan bagi meneliti isu undang-undang perlaksanaan undang-undang tersebut dari masa ke semasa. Dengan ini banyak perkara-perkara yang mungkin tidak timbul atau tidak terfikir oleh penggubal polisi ketika penggubalan undang-undang asal, dapat diuruskan oleh kementerian berkenaan dengan kadar segera. Personally I believe the implementation of the DKN really needs the presence of a ‘political will’ and ‘ appropriate resources’, without which, the debate on how to best implement the national family policy will only remain on paper! Apapun TAHNIAH kepada pihak UIAM dan LPPKN yang menganjurkan bengkel ini. Semoga adalah hasilnya kelak, Insya Allah.

Apa yang penting...kena makan 🙂

Advertisements
This entry was posted in Log, My Career, My Expression, Review. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s