Pekeliling Kenaikan Gaji SSM 2012

Akhirnya Pekeliling Perkhidmatan Kenaikan Gaji SSM 2012 telah dikeluarkan oleh pihak JPA. Boleh lihat JPA SSM 2012. Kalau hendak dapatkan pengiraan alam maya bolehlah lakukannya di sini pula (tapi sebenarnya boleh kira pakai calculator jer he..he)

Apa-apapun, tiada sebarang ‘suprise’ ataupun ‘controversy’ berbangkit dengan Pekeliling baru ini berbading dengan yang pernah dibincangkan sebelum ini. Semua maklumat terang dan jelas, berserta dengan jadual pengiraan dan perpindahan gaji dan sebagainya. Malah aku agak sedikit terkejut juga dengan kecekapan JPA mengeluarkan pekeliling yang baru ini. Seperti seolah-olah semuanya telah dibincangkan, tetapi akhirnya tidak diterima pakai oleh pihak JPA, dan sebaliknya memilih untuk melancarkan SBPA (Ini spekulasi aku jer lah). Ataupun kemungkinan besar JPA memang telah belajar drpd masalah berbangkit dengan pekeliling SBPA dan menebus ‘maruah’nya kali ini! (he..he..he macam drama swasta pulak) 

Cuma ada satu kemusykilan kecil sahaja pada aku – mungkin aku terlepas pandang, tetapi memandangkan kini jadual gaji adalah berupa gaji minimum – maksimum, aku kurang pasti bagaimana caranya untuk merekodkan tahap gaji seseorang pegawai. Sebagai contoh, di bawah skim lama tahap gaji dilabelkan dengan P1T1 atau P1T2 dan seterusnya. Kini hanya ada P1 (atau P2/P3 bagi yang naik pangkat) dan pergerakan gaji bagi tahun berkenaan. In other words, how do the ‘gaji’ department keep track what is the right salary for a particular staff? Mungkin adalah caranya – well, I am just wondering….

Apapun Alhamdulillah bertambah rezeki. Semoga akan digunakan ke jalan kebaikan, Insya Allah.

Advertisements
This entry was posted in Log, Review. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s